Isu Semasa

 Hai readers semua ! :D

Okay harini saya nak share sikit berkenaan dengan isu semasa berkaitan wanita dan kanak-kanak yang sering meniti di bibir masyarakat kita. Betul tak? Korang perasan kan benda ni menjadi semakin tidak terkawal di media sosial terutamanya. Ada yang memberi kecaman kepada wanita dan ada juga yang menyalahkan individu lain dan ada juga yang memberi kritikan terhadap pengulas isu seperti ini. Bahaya ni hehe..

Isu pertama yang saya dapat kongsi dan sentuh dengan pembaca semua adalah Raja Farah. Seorang artis dan juga influencer yang kini telah berhijrah menjadi wanita yang menutup aurat sempurna. Okay, kalau korang tak kenal....boleh je tanya Encik Google "Raja Farah bertudung" okayy. Jadi apa isunya?

Seorang artis lelaki telah mendedahkan adegan yang telah dipotong semasa sebuah filem dirakamkan lama dahulu. Perkongsian itu dibuat dalam rancangan televisyen di Malaysia yang melibatkan beberapa orang artis lelaki yang lain. Perkara ini telah ditegur oleh suami Raja Farah sendiri iaitu Iskandar Ismail. Beliau menegaskan isu ini adalah berkaitan maruah seorang wanita yang tidak sepatutnya diremehkan seperti tiada harga. Perkara seperti ini juga telah mencalarkan maruah Raja Farah sendiri dan artis-artis lelaki tersebut kerana mereka seolah-olah tidak menganggap perkara yang melibatkan maruah seseorang ini sebagai isu sensitif.

Saya juga ada mengikuti perkembangan isu ini yang sempat hangat di media sosial. Saya sebagai seorang wanita juga sedikit terkilan dan malu kerana wujud seorang lelaki yang sanggup berkata-kata sedemikian untuk sebuah rancangan televisyen. Semua orang seharusnya menjaga tutur kata dan maruah orang lain dengan cara memelihara aib mereka. Wanita bukanlah boneka yang tiada perasaan, walaupun lemah disinilah peranan lelaki untuk memelihara wanita dari segi maruah, diri dan konteks nyata yang lain.

Seterusnya, isu adik Bella. Okay, majoriti masyarakat yang peka berkaitan kanak-kanak dan rumah jagaan pasti mengetahui isu ini. Tular video seorang kanak-kanak perempuan orang kelainan upaya (OKU) dengan gelaran adik Bella telah didera di sebuah rumah jagaan. Perkara ini menjadi semakin hangat apabila didapati status rumah penjagaan NGO tersebut masih dalam proses pendaftaran dengan JKM. Beberapa individu lain juga telah mengambil kesempatan atas situasi adik Bella itu sendiri dimana dia seorang OKU. Kes kanak-kanak didera dan disalah laku terlalu banyak berlaku di Malaysia khususnya. Perkara seperti ini menjerat kanak-kanak dari bebas bermain bersama rakan-rakan kerana bimbang diculik, didera dan akhirnya dibunuh hanya kerana mereka kanak-kanak yang lemah dan tidak mampu berbuat apa-apa.

Kita sebagai lapisan masyarakat yang prihatin dan menginginkan keharmonian dalam negara perlulah cakna akan isu-isu seperti ini serta mengambil tindakan untuk membantu atau mengurankan risiko kes seperti ini berulang.

Jadi menurut pembaca semua...apakah faktor atau punca yang menyebabkan kes-kes seperti ini terjadi?
Okay, buka minda dan terima segala pendapat yang diutarakan.

Sekian, perkongsian isu semasa di Malaysia.


RUJUKAN

1) https://www.bharian.com.my/amp/hiburan/selebriti/2021/10/878202/saya-jahil-mohon-maaf-raja-farah-suami-fauzi
2) https://www.sinarharian.com.my/ampArticle/148854

Comments