Cara Mengatasi dan Membantu Mangsa

Cara mengatasi dan membantu mangsa penderaan

Hai pembaca-pembaca semua!! sudah selesai membaca penulisan mengenai isu semasa dan faktor-faktor yang menyumbang kepada penderaan wanita dan kanak-kanak? Sudah tentunya pembaca-pembaca telah dapat merasakan betapa runcingnya isu ini di dalam masyarakat kita pada hari ini. Cuba pembaca2 fikirkan apakah yang akan berlaku sekiranya hal ini bertambah parah dan serius? Pastinya lebih banyak kerosakan akan berlaku di negara kita. Oleh itu, mari sama2 kita bincangkan apakah cara untuk mengatasi masalah ini dan membantu mereka2 yg menjadi mangsa dalam isu ini.

Pertama sekali, bagi membendung masalah-masalah penderaan di kalangan kanak-kanak, langkah-langkah berikut dapat diaplikasikan.

Ibu bapa dinasihatkan untuk...

  • Berhati-hati apabila memilih/mengambil pengasuh kanak-kanak atau penjaga.
  • Pastikan anda tahu nama penuh mereka dan sekiranya perlu, minta rujukan yang perlu.
  • Pilih pusat penjagaan kanak-kanak yang didaftar dengan penjaga yang terlatih.
  • Dapatkan orang dewasa lain seperti ahli keluarga anda contohnya nenek atau memasang CCTV sekiranya anda mendapatkan khidmat pembantu rumah.

Contoh-contoh cara mendisiplinkan kanak-kanak termasuk...

  • Tekankan cara-cara lain mendisiplinkan anak selain dari menggunakan hukuman fizikal yang melibatkan tekanan fizikal dam emosi. Hukuman “Corporal” menggunakan kawalan luar dan boleh melibatkan penggunaan kuasa dan dominasi dan sama seperti penderaan:

o    Menarik perhatian dan mengubah pandangan

o    Menentukan jangka masa untuk ditenteramkan

o    Menetapkan had peraturan yang sesuai dengan tahap perkembangan dan umur kanak-kanak

o    Penyelesaian masalah

o    Menarik balik kemudahan sementara waktu

  • Sesetengah ibu bapa merotan anak mereka untuk menggalakkan mereka belajar dengan tekun. Sekiranya anak anda tidak mencapai seperti yang diharapkan atau kelihatan lambat dalam pembelajaran dan perkembangan, dapatkan bantuan, anak anda mungkin memerlukan penilaian dari pakar psikologi atau pakar kanak-kanak atau mengalami masalah pembelajaran spesifik seperti Dyslexia.
  • Sekiranya anda mengalami kesulitan dengan bayi anda contohnya tangisan tiada henti dapatkan pertolongan dari perkhidmatan komuniti.
  • Sekiranya anak anda di luar kawalan anda patut dapatkan bantuan.
  • Sesiapa yang mengesyaki penderaan perlu melaporkan segera kepada polis atau Talian Nur hotline.

 

Walaupun tidak terlalu jelas atau tidak terlalu terbuka di negara kita, terdapat juga isu penderaan seksual kanak-kanak di kalangan masyarakat kita, dan masalah ini juga perlu dititikberatkan oleh kita supaya jenayah yang terlindung seperti ini juga dapat dielakkan dan dicegah daripada berlarutan.

Isu ini dapat dindung dengan menggunakan langkah-langkah berikut:

  • Tingkatkan kesedaran umum berkenaan gangguan/ancaman seksual.
  • Sikap yang positif terhadap mangsa penderaan seksual.
  • Mengajar kanak-kanak berkenaan nilai moral dan sosial dan menghormati orang lain.
  • Elakkan perbezaan peranan antara jantina.
  • Elakkan stigma atau perasaan segan dan malu untuk laporkan gangguan seksual.
  • Apabila kanak-kanak mencapai umur tiga tahun, ibu bapa perlu mula mengajar tentang sentuhan yang baik dan yang tidak dan memberitahu orang dewasa yang sesuai sekiranya mereka tidak selesa dengan sentuhan atau layanan yang diberi terhadap mereka oleh sesiapa pun.

 

Bagi isu penderaan terhadap wanita pula, banyak kes seperti ini berlaku di dalam keganasan rumah tangga. Jika masalah ini tidak dilaporkan, keselamatan keluarga dan mangsa akan lebih terancam. Oleh itu, bagaimana pula wanita yang menjadi mangsa kezaliman ini dapat dibantu? mereka boleh mendapat bantuan melalui...

  • Kaunselor sekolah
  • Jiran atau teman yang dipercayai
  • Polis
  • Talian Nur -15999
  • Hospital atau klinik terdekat
  • Jabatan Kebajikan Masyarakat

*Jika cedera, segera dapatkan rawatan di hospital/klinik yang berdekatan.

 

Jika terdapat kawan2 atau adik-beradik anda yang menjadi mangsa penderaan ini, mereka boleh ditempatkan di tempat selamat jika memerlukan perlindungan.

Pegawai Perlindungan dan doktor akan mendapatkan perlindungan untuk mereka yang menjadi mangsa jenayah ini.

Hubungi Talian Nur – 15999. Mereka akan mendapatkan maklumat lanjut dan akan menjalankan siasatan secepat mungkin.

 


 Ibu bapa yang menghadapi masalah perkahwinan atau ketagihan boleh mendapatkan kaunseling dan rawatan yang sesuai. Datanglah ke hospital atau ke Pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk kaunseling. Anda boleh menghubungi talian Nur untuk bantuan.  Sila dail 15999. 

Ibu bapa dengan masalah ketagihan, psikologi atau masalah mental tidak perlu risau kerana ianya boleh dipulihkan. Doktor akan membuat rujukan kepada pakar yang berkaitan. Kanak-kanak mangsa penderaan fizikal, seksual atau emosi juga boleh menjalani pemulihan di hospital. Kanak-kanak juga boleh ditempatkan dengan di tempat yang selemat seperti dengan saudara-mara mereka, rumah perlindungan serta Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) untuk perlindungan sehingga keadaan bertambah baik.   

Pegawai Kebajikan Masyarakat dan NGO juga ada menawarkan perlindungan untuk mangsa keganasan rumah tangga. Hospital juga boleh dijadikan tempat berlindung sementara yang selamat untuk anda dan keluarga. 

Setelah selesai berbincang mangenai cara mengatasi masalah penderaan wanita dan kanak2 serta cara membantu mangsa yang teranaiya, sudahkah anda sedar apakah tindakan anda selanjutnya?


berikut merupakan pautan untuk quiz dan link kehadiran peserta pada program hari ini:

https://youengage.me/p/61dad6bc5e422301000c9174

 


Comments